Tuesday 10 December 2013

Yakinlah!!berkerja dengan Allah memperolehi rezeki melimpah.

Asslammualaikum..kepada semua umat Nabi Muhammad hari ini yg sgt dirindui baginda..Untungnya kita..tapi apakah hari ini kita merindui baginda..semoga dengan rezeki hari ini kita dihidupkan Allah selepas dimatikan semantara malam tadi (tidur) marilah kita mengisi saat-ii ini untuk usaha membalas rindu kepada Nabi..Agar disitu dpt lahir rasa Takut setakutnya pada Allah..dan Rindu serindunya pada Nabi..Aminn

ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮ ﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮ ﺣﻴﻢ
Bekerja kepada Allah memperoleh Rezeki
berlimpah.
*. Ada seorang lelaki yg sebelumnya beragama
majusi. Lalu memeluk islam. Ia kemudian jadi
sangat tekun beribadah kepada Allah subhanahu
wata'ala.
Suatu hari ,istrinya berkata kepadanya,"
pergilah ke pasar dan carilah pekerjaan, lalu dg
upahmu belilah sesuatu yg dapat kami makan."
Ia pun pergi ke pasar,namun tak seorangpun
yang mau memberinya pekerjaan, maka ia pun
berkata kpd dirinya sendiri "aku akan bekerja
kepada Allah subhanahu wata'ala".
Lalu ia pun masuk kesebuah reruntuhan
bangunan,disana ia shalat hingga maghrib,
kemudian pulang kerumahnya dg tangan hampa.
Istrinya berkata, tidak adakag sesuatu yg dibawa
pulang untuk kami?" Ia menjawab,
"aku telah bekerja pada" yang Sangat Kaya"
hari ini,namun upahku belum diberi." kata lelaki
itu pada istrinya," Aku akan memberimu besok"
maka pada hari itu mereka harus menahan
lapar.
Saat pagi tiba,ia pergi lagi kepasar,akan tetapi
juga tida mendapatkan pekerjaan. Dan dia
melakukan seperti yg dilakukannya kemaren.
Yaitu beribadah kpd Allah hingga maghrib.
Lalu pulang ke rumah dg tangan hampa. Ia
berkata kepada istrinya,"Tuanku berjanji sampai
hari jum'at."
pada hari jum'at,ia pergi kepasar tetapi tdk
juga mendapatkan pekerjaan, dan ia pun
kembali menghabiskan waktu untk shalat. Setelah
ia shalat dua rakaat, ia menengadahkan
tangannya kelangit sambil mengadu kepada
Allah," Ya Allah Engkau telah memuliakan diriku
dgn islam dan telah memberiku Mahkota
Hidayyah. Dengan kemuliaan islam dan hari yg
penuh berkah ini, aku memohon agar Engkau
memberi nafkah kepada keluargaku,
sesungguhnya aku malu kpd keluargaku,dan aku
juga takut keadaan mereka berubah, krn mereka
baru masuk islam" siang harinya pada saat tiba
shalat jum'at ia pun pergi menunaikan shalat
jum'at. Sedangkan keluarganya dirumah
menunggu dlm keadaan lapar.
Tiba tiba, seseorang datang kerumahnya dan
mengetuk pintu, lalu istrinya keluar,
ternyata,yang datang adalah seorang lelaki
tampan. Dengan membawa setumpuk Emas yg
dibungkus dgn saputangan emas. Lelaki itu
berkata," Ambilah ini dan katakan kpd suamimu,
ini adalah upah kerjanya selama dua hari, jika
dia mau menambah kerjanya,maka kami juga
akan menambah upahnya."
maka wanita tersebut mengambil tumpukan uang
itu dan ternyata ada 1000 dinar. Lalu ia
mengambil satu dinar dan pergi menemui
penukar uang di pasar. Penukar uang itu seorang
keristen. Ia menimbang uang satu dinar itu dan
beratnya lebih dua mitsqal, ketika penukar uang
melihat ukiran yg ada pd uang tersebut. Ia
merasa heran,krn uang dinar itu bukan yg
biasanya,lain dari yg diketahuinya.
Penukar uang itu pun bertanya kepada wanita
tersebut,"darimanakah engkau mendapatkan
uang emas ini.?
Wanita itu menceritakan kepadanya semua
kejadian yg mereka alami. Lalu penukar uang itu
berkata."jelaskan tentang islam kpadaku. Setelah
itu penukar uang itu memeluk islam. Dan ia
memberi uang sebanyak 1000 dirham kpd wanita
tadi seraya berkata,nafkahkanlah jika sudah
habis beritahukanlah aku.
Wanita itu mengambil seribu dirham itu dan ia
pun berbelanja makanan
sementara itu. Ketika suaminya selesai shalat
maghrib dan hendak pulang kerumah dg tangan
kosong. Ia bentangkan saputangan. Lalu shalat
dua rakaat. Dia mengisi saputangan dg debu dan
berkata di dlm hati. "jika istriku bertanya,maka
aku akan mengatakan kpadnya,bhw ini adalah
tepung yg aku peroleh dari hasil kerjaku."
sesampainya di rumah ia mendapatkan makanan
yg siap saji dan juga mencium aromanya yg
lezat. Maka ia meletakan saputangannya di pintu
agar istrinya tdk mengetahuinya. Kmudian ia
brtanya kpd sang istri tentang apa yg dilihatnya
di rumah lalu istrinya menceritakan smua yg tlah
trjadi. Mendengar penjelasan istrinya lelaki itu
sujud kpd Allah
istrinya bertanya tentang apa yg ia bawa di
dalam saputangan itu. Ia menjawab.
Janganlah bertanya tntang itu kepadaku"
kemudian ia sendiri yg mengambil saputangan itu
dg maksud ingin membuang debu yg ada
didalamnya. Ia membuka saputangan dan tiba
tiba.debu yg ada didalamnya telah berubah
menjadi tepung. Dgn kehendak Allah Ta'ala. Ia
pun kembali sujud kpd Allah sbgai tanda syukur
kpda-Nya. Lelaki itu dan klrganya trus
beribadah kpd Allah hingga ajal datang
menjemputnya."



(dikutip dari An-Nawadir karya Ahmad
Syihabuddin al- Qalyubi)
semoga kisah ini ada manfaatnya bagi kita yg
menyimak dan yang membacanya dengan seksama.



Jadi bahan perenungan bagi yang mengkehendaki
Allah dan ingin menuju Allah karena

mengharapkan keridhoan dari Allah Subhanahuwata'ala

Thursday 24 October 2013


UCAPAN DI MAJLIS GISB KEMBALI KEPADA FATWA


IMG-20131017-WA000Oleh Pengerusi Eksekutif GISB Holding
Puan Ibu Hatijah Aam
Assalamualaikum wrth,
Ya Allah,
Setelah puas hamba Mu ini berdoa di kaki Kaabah selama hampir 3 tahun berada disana atas izin Mu, maka terjadilah oleh kuasa Mu diriku ditangkap di Negara Arab Saudi!
Memang berat rasanya untuk menerima takdir Mu itu, namun kalau ianya adalah jalan untuk dapat menyelesaikan masalah GISB dengan Kerajaan Malaysia khususnya JAKIM dan JAIS, hamba redha ya Allah! Menjadi orang tahanan di Jeddah selama 45 hari!
Oh Tuhan, tanggal 13 Mei 2013 diriku telah berada di Airport Malaysia tercinta kerana dihalau keluar olih Kerajaan Saudi atas kesalahan Overstay dan membuat bidaah.
Diriku melihat ramainya orang menyambutku di KLIA di waktu ketibaan! Gembiranya hatiku Tuhan bila Tuan Sharom memperkenalkan diri dengan sopan bahawa mereka semua ialah penguatkuasa JAIS. Ya Allah akan di Kau selesaikan kah masalah GISB dengan JAIS ini? Itulah tanda tanya yang timbul dalam diriku seelok tiba di Tanahair Malaysia yang dirindui! Di KLIA pada 13 Mei 2013.
Tuhan, JAIS tahan diriku dan kawan-kawanku bukanlah dengan semborono! Berhikmahnya JAIS pada kami didalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap Islam dan Umat Islam di Malaysia, membuatkan hatiku berbisik-bisik terus pada Mu Tuhan. Selesaikanlah Ya Allah masalah kami sesama Islam dengan baik!
Us Akmal yang menyoal siasat diriku pada hari pertama di JAIS, lunak dan halus orangnya! Hatiku jadi malu padanya kerana selama ini GISB tidak boleh berkawan baik dengan orang-orang baik yang ikut memperjuangkan Islam di Malaysia! Tidak mungkin Ya Allah, agama Mu yang ku perjuangkan ini, mengajarkan persengketaan antara sesama manusia!
Tuan Sharom tiba-tiba muncul lagi sekali didepanku di bilik soal siasat itu dan berkata: “orang kata kami hasad dengki dengan Arqam padahal kami betul-betul nak menyelesaikan masalah aqidah kamu semua!”
Tuhan, JAIS ini betul-betul menampar fikiran dan perasaanku tentang apa yang aku fikirkan dan yang kurasakan pada mereka selama ini! Dia membuatkan diriku sangat terkejut dan penuh persoalan: betulkah JAIS sejujur itu pada GISB? Apa benar mereka memperjuangkan keselamatan dunia akhirat buat kami? Tapi kenapa selama ini diriku tidak di beritahu!
Cara pendekatan mereka selama ini kenapa tidak secara kasih sayang atau jangan-jangan kami tersalah cara juga Ya Allah Ya Tuhanku! Maka berkecamuklah didalam diriku tentang JAIS yang sedang ku hadapi ini. Siapakah yang bersalah sebenarnya!
Akhirnya dengan takdir Mu ya Allah seorang JAIS yang bernama Tuan Shahzihan selaku Ketua Penolong Pengarah JAIS sudi untuk berdepan dengan diriku! Hal ini terjadi di bulan ke 3 diriku berada di Malaysia. Hadir ke JAIS untuk kali ke 3.
Ku katakan padanya: “demi perpaduan saya sedia untuk bekerjasama dengan JAIS!”. Begitu ku ulangi kata-kata arwah suamiku Asaari Muhammad kepada KDN tahun 1994 didalam ISA!
Oh Tuhan, Tuan Shahzihan dengan tangkas meningkah hujahku “itu tidak cukup! Sebab perkaranya bukan semata-mata perpaduan. Menurut fatwa masalah Puan ialah Aqidah! Kita siapa untuk menentang majlis Fatwa! Sedangkan Allah dan Rasul yang memerintahkan kita taat kepada pemerintah yang menaungi kita di negara kita berada!”
Cukuplah itu Tuhan untuk Dikau merubah segala struktur kepercayaan ku kepada JAKIM dan JAIS selama ini! Bagaikan mahu gugur seluruh daging-daging di badanku ini bilamana aku berbisik dihatiku: oh rupanya aku yang bersalah! Sungguh amat terkejut, rasa bersalah dan malunya aku. Tuhan! Kerana sengketa selama ini diantara GISB dan Jabatan agama rasmi negara, Allah tamatkan dengan keadaan diriku dan GISBlah yang kena mengaku bersalah!
Yakni GISB kena menerima Fatwa! Sebab ia rupanya bukan mainan politik oleh orang-orang politik yang kusangkakan selama ini! Ia ialah keputusan oleh segolongan ulama-ulama yang betul-betul wujud! Mereka telah memutuskan fatwa untuk menyelamatkan aqidah Umat. Walhal selama ini aku sangka mereka tidak wujud! Sebab kursus-kursus pemulihan kepada kami dibuat bukan oleh ahli Majlis Fatwa! Padahal diriku patut sedar siapalah kami untuk bertemu Majlis Fatwa!
Akhirnya Tuhan, Dikau yang memutuskan untukku bahawa sekalipun keputusan Majlis Fatwa itu salah! Namun sebagai rakyat kami wajib taat! Apalagilah bilamana mereka itu benar!
Tuan Shahzihan memujuk hati kami yang merasa cukup berat untuk mengaku salah waktu itu dengan berkata: sanggup mengaku bersalah itu adalah bukti bahawa kamu benar!
Maka pada hari ini hari pertama Tasyrik di Raya Haji 1434H bersamaan 16hb Okt 2013, saya Hatijah bt Aam mengistiharkan di depan Sahibus Saadah Tuan Pengarah JAIS bahawa kami GISB menerima Fatwa dengan sepenuh hati. Kami akan patuhi Fatwa dan kembali kepada kerajaan Malaysia khususnya JAKIM, JAIS dan Majlis Fatwa!
Terima kasih juga kepada pihak media yang turut berhempas pulas demi menyelamatkan aqidah kami! Tidak lupa pada KDN dan para SB yang sentiasa mengawal kami untuk menjadi rakyat Malaysia yang baik!
Jika ada dikalangan GISB yang engkar dengan perkara ini, kami istiharkan disini bahawa mereka bukan lagi pekerja Syarikat GISB Holding ini! Samada di Malaysia atau pun di luar negara!
Tuhan, demi membuktikan bahawa pengistiharan ini adalah benar! Izinkanlah ya Allah untuk kami sesudah ini akan menjadi team kepada JAIS untuk membantu menyelesaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang sedang Allah pikulkan pada mereka. Seperti masalah Syiah di Malaysia, masalah gejala sosial dikalangan remaja dan lain-lain! Bahawa selaku rakyat, kami sekarang ialah golongan yang bersedia menunggu perintah dari para pemimpin negara ini! Kami dengar dan patuh atas apa juga arahan selagi ianya adalah untuk Mu ya Allah!
Akhirnya wahai Tuhan! Dikeranakan sikap kami ini dicurigai oleh segolongan yang sudah fobia dengan taubat kami yang lepas, izinkan lah hamba Mu ini bersumpah pada Mu ya Allah! Bahawa pengistiharan ini adalah benar!
Wallahi, Tallahi, demi Mu ya Allah yang sedang menyaksikan sampai kedalam hati kami, sesungguhnya kami GISB semuanya pada hari ini telah menerima Fatwa! Yakni akan meninggalkan ajaran AM (Aurad Muhammadiah) dan akan taat pada kehendak pemimpin-pemimpin negara yang taat kepada Allah!
Tidak lupa juga disini saya memohon ampun maaf kepada semua pihak diatas keterlanjuran kami selama ini dikeranakan salah faham dan salah rasa yang berlaku! Moga-moga ya Allah atas kebaikan memaafkan mereka semua kepada kami balasilah mereka dengan iman dan murah rezeki dunia dan akhirat. Manakala saya dan GISB Holding juga bersedia untuk memaafkan semua pihak! Jika ada yang tersalah dan tersilap, termasuk kepada yang telah membuat fitnah dan tohmah.
Ya Allah, terima kasih dan Cinta Agung untuk Mu yang telah kabulkan doaku di Mekah. Doa yang berbunyi:
Wahai Tuhan tolong selesaikanlah masalah kami dengan kerajaan Malaysia khususnya JAKIM dengan JAIS dengan kasih sayang! Jadikanlah kami Umat Islam dapat bersatupadu dan bekerjasama demi Mu ya Allah. Atas nama Nabi Junjungan Muhammad SAW!
Amin, Ya Allah.
Sekian.

Tuesday 22 October 2013

23-10- sejarah masih dikenang


Aasalammualaikum kepada kawan-ii semua..huk-ii da lme sye x update blog..conteng-ii hee maklum la hidup kebelakangan agak bercelaru konon-ii nye..sebenarnye hari ni x berapa sihat dr semalam demam terox..ye la dah lme x kena sakit..sekali sekala Tuhan bg jgak supaya kita ni lebih kuat ingatan dengan nye..ni semua ujian sebab sayangnye Tuhan kt kita ^_^..Alhamdulillah..

sebernya saya nk kongsi benda yg x best pon..tp ni untuk ingatan saya..sejarah yang x kan saya lupe.pada tarikh 23-10 hari ni la..sebagai ulang tahun nye..saya gagah la conteng walaupun dalam keaadaan demam-ii camni..lagi satu ade la beberapa kawan saya yg suruh ziarah BLOG ni..yela dah mcm rumah usang plak hee..

pada 23-10-2011 hari sejarah aku kehilangan seorang kwn seperjuangan ermm x mampu gler tp tuhan lebih sayangkan dia..
gambar ni yg terakhir dgn arwah..time konvoi utara-selatan..lps blk konvoi arwah accident tetido atas moto..x meninggal just retak kt bahu..seminggu lps to x silap accident lg tetido jgak dpn premis..last dia accident time blk dr KL dgn jawad..time to saya kursus di kedah..dp berita terus nk blk..alhamduillah dibantu perjalanan.sempat la tngok dan cium wajah arwah..U_U ermm..

pada 23-10-2012 plak genap setahun perg nye arwah..saya pulak yg accident time ontwy blk tg malim ke ipoh..teruji sgt time to..Tuhan bg ujian sebesar tu..tp masih lg hidup alhamdulillah skrg da shat tp x activ mcm dulu..Tuhan masih lg bg peluang untuk hidup dan baiki diri..Thanx For Allah..
ni gambar lps accident..dpt jalan teros nk ziarah kubur..tp taun ni x dpt la ziarah sebab dah duduk jauh..i/allah ade rezeki saya ziarah..
AL-FATEHAH untuk arwah..

Wednesday 21 August 2013

Eidul milad ^ ^


Assalammualaikum.....:)

21/8/94..Selamat hari lahir,happy birthday,sannah helwah buat diri aku heee..pejamcelik-ii umo dah semakin meningkat 19thun..semoga dihari kelahiran ini roh ditingkatkan,ibadah diperbanyakkan untuk dipersiapkan hari-ii indah untuk bertemu TUHAN(kematian) insyaallah..

Terima kasih buat ummi dan aby yg melahirkan aku..yang selama ini mendidik aku mengenal islam,untuk menjadi anak yang soleh insyaallah..tidak lupa terima kasih kepada guru mursyid ku dan wasilah..yang sentiasa memandu dan memimpin hati-ii untuk sentiasa terhubung dengan ALLAH dan RASUL..

Kepada kawan-ii dan yang mengenali diri ini..terima kasih sbb wish hari lahir aku kat FB,fhone,depan mata :) hee..thanx jgak yang bagi aku hadiah..walaupon al-fatehah sgt lah besar..aku terima k..Doakan aku yg terbaik..moga-ii dapat menjadi pembela ALLAH dan RASUL,ikhwan dan asoib yg dijanjikan..menjadi perindu RASUL yg dirindui :) insyaallah aminn

Bakal Jenazah..MZB..AAAP

Monday 12 August 2013

Aidilfitri Tanpa Ayah



Assalammualaikum...kepada semua kawan-ii yg dirindui..saya MUHAMMAD JUNDULLAH ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI dan menyusun 10 jari memohon ribuan kemaafan jika ada salah silap yg sengaja atau tak disengajakan..hamba yg lemah tak terlepas dari kesilapan..^_^

Aku rasa taun ni la raya paling hambar sekali..tak tau la mcm mne kawan-ii yg kt luar negara..beraya tanpan ibu bapa,adik beradik,saudara mara,mesti sunyi kn..aku kt malaysia ni pon ley tahan la..cuma taun ni beraya tanpa ayah je..urmm
 tapi tak pe nasib baik ade lagi kawan-ii..

dengan kawan-ii dpt la g jalan-ii mengubat rasa bosan to..hee :) thanx kawan..  

ape pon selamat berjuang n salam aidilfitri kepada ayah n ummu yg kt german tu..kira ok la dpt skpye time raya kedua..hee :)

MZB

Tuesday 9 July 2013

selamat menyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK


Assalammualaikum..saudara sesama islamku yg dirindui ^_^..
lame saya tak conteng blog ni kan..rindu kawan2 semua..hehe..Hari ni kan sedar tak sedar..
pejam celik..pejam celik..Sudah 10/7/2013..iaitu jatuhnya 1 ramadhan..hari semua umat2 islam berpuasa..


cemasnya nk sambut puasa..tkut ibadah kita ni sia2 jew..hanya sekadar menahan lapar dahaga jew..
sebab ape??sebab puasa ni bkan sekadar menahan lapar dahaga jew..tapi menahan dari godaan nafsu..bukan sekadar puasa lahir sahaja..tapi hati pun turut berpuasa dari maksiat2 hati..

Ya allah x mampu sangat..mntk2 lah didalam bulan yg penuh berkat ini..yg mne pintu taubat,pintu rahmat,terbuka luas..Tuhan memberi keredhaan kepada hamba2 nya yg bersungguh2 mengutip berkat di bulan ramadhan ini..

Moga2 kita semua dianugerahkan puasa yg sebenar benar puasa iaitu puasa lahir dan batin..^_^

Rasulullah SAW penah bersabda :ramai orang yg berpuasa hanya sekadar lapar dan dahaga..

Niat Puasa :>
 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Doa berbuka :>
 
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

selamat berpuasa semua ^_^

Sunday 23 June 2013

Salam Nisfu Sya'ban


Assalammualaikum semua..kepada Keluarga dan rakan2 seperjuangan didalam GISB samaada di malaysia ataupun luar negara..aku rindu korang semua..^_^..lme x berjumpa..tak taw la bila kita dapat bersua semula..hee..

Hari ni aku nak amik masa sikt nk tulis..Sempena menjelangnya malam NISFU SYA'BAN,yang jatuh pada malam ini,AHAD 23 JUN 2013,yakni malam ISNIN ..iaitu malam tertutupnya buku amalan kita tahun ini..

Sebelum terlambat aku mewakili keluarga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun/maaf atas apa jua kesalahan lahiriah dan rohaniah..samaada yang disengajakan pada diri aku,keluarga,maruah,agama,harta,keturunan dan sebagainya pada pihak kepimpinan/ibu2,kawan2 seperjuangan ku..:'( selama ini..


Sama2 lah kita mengambil kesempatan Sunnah Rasulullah SAW yang sentiase meminta maaf dan memberi maaf,saling doa mendoakan,berkasih sayang..Semoga setiap amalan kita TUHAN terima..buku catitan kebaikan/dicatit kebaikan nya..Syukurlah kerna kita dilahir didunia ini menjadi hamba allah,apatah lagi sebagai umat Nabi Muhammad SAW..Salam kemaafan buat semua semoga kita sentiase dalam rahmat dan kasih sayang TUHAN..

sekian dari Hamba Hina....

Saturday 22 June 2013

Agungnya Rasulullah


Sunggguh agung namamu wahai Nabi....
Namamu ya Rasulullah diabadikan Tuhan sepanjang zaman..menunjukkan mulianya engkau di sisi Tuhan di dunia dan di akhirat..Tuhan peromosi engkau,hingga engkau di bibir mulut manusia..Nama Tuhan dan nama mu digandingkan sama..Disebut nama Tuhan maka disebut namamu juga..

Setiap yang hendak masuk islam nama Tuhan dan namamu disebut didalam dua kalimah syahadah..Namamu disebut didalam doa selepas azan dan iqamah..Namamu disebut didalam sebarang doa agar dikabulkn permintaan..Sungguh mulia engkau,namamu disebut dimana mana sahaja..didalam sembahyang namamu disebut ketika tahiyyat..jika tidak disebut tidak sah solat..Belum lagi pencinta pencinta engkau yang mabuk dengan engkau..Mereka lebih-lebih banyak lagi menyebut nama engkau..iaitu engkau disebut didalam selawat..

Sebelum sembahyang,selepas sembahyang,didalam sembahyang,ketika berkhalwat..Setiap yg berzikir namamu mesti disebut berulang kali..Seolah-olah engkau masih hidup didunia ini..Ya nabi namamu sungguh harum semerbak mewangi..Ya!! namamu dihidup orang sekalipun jasadmu sudah dikebumi..

Apa sahaja upacara islam namamu mesti disebut..Di dalam khutbah namamu disebut oleh khatib di atas mimbar..apatah lagi dimasa maulid mu,selawat berkumandang tidak jemu2..seolah olah engkau bersama di majlis itu..seolah olah engkau masih hidup bersama kami atau mereka..Begitulah cintanya kepadamu,hingga namamu disebut selalu bahkan setiap waktu..Tuhan menselawatkan mu,para malaikat juga begitu..

0rang mukmin dianjurkan menselawatkan mu selalu semahu mahunya..hingga tidak ada ruang masa yang kosong yang tidak disebut namamu..Namamu disebut di langit dan dibumi..Begitulah kehormatan yang engkau perolehi dati Tuhan mu..Belum lagi menyebut peribadi,sikap dan perbuatanmu..Engkau adalah contoh segala contoh,ikutan didalam sebarang hal..

Saturday 1 June 2013

Tempahan Alat Perkusi

Percution Supply

congga







-saiz 10" & 11"
-with stand
-brand barracuda,cmc,ash

bonggo



-with stand
-made in Thailand
-brand barracuda,cmc,maxstone


Darbuka



-metal colour


yankee


-Aliminium
-colour original
-imported middle east


Cajon



Shaker






Chimes


-with stand
-brand barracuda


Timbales


-with stand



kompang



-kompang kahwin
-size 10",12",13",14"
-gred A , B




-Made in Thailand and Middle east
-Penghantaran dalam malaysia sahaja
-maklumat lanjut dan Tempahan

-0189597488-

Wednesday 29 May 2013

Kongsi Ilmu..^_^

assalammualaikum..^_^ aku harap semua berada sentiase didalam kasih sayang Tuhan..mnta izin org Tuhan nk berkongsi Ilmu..Ari ni ak nk kongsi satu panduan menanam pokok cili..sebab ape nk kongsi sebab ni ilmu Tuhan bagi bkan kita punyer jadi nk kongsilah ngan semua yg sudi..

Untuk pengetahuan semua menanam ni satu aktiviti ak time lapang..bosan2..ye la selain meng update blog..ak layan benda ni la..sebenarnye dh banyak care ak cube nk semai pokok cili ni..agak dlm tiga kali la jugak tp x menjadi..aduh rase menyerah pun ade..

Satu hari tu dengan berkat Abuya..Abuya datangkan org untuk ajar aku secare x langsung..memang ak x penah tengok org wt cmtu..dalam buku pun x tulis..sebab tu ak nk kongsi..kot2 la berminat nk cube kan..hehe ^_^..

Haa ni la cre ak buat..kita bleh tabur je biji benih tu kt dalam poly bag yg diisi tanah 3 cmpuran # org panggil top soil..letakkan dlm besen berisi air bertujuan tanah tu akan sentiase lembab..air jgn melebihi tanah..biar sekadar lembab je..3 mnggu dh bleh nmpak hasil..yg penting jgn terdedah pada matahari berlebihan dan air berlebihan..elakkn dr hujan..



ermm..ni la hasil selepas 3 minggu..saiz macam ni dah boleh nk asing kn ke batas atau pasu..sebelum di asingkan kne dedahkan kat cahaya matahari untuk pengerasan pokok..kalau x kne hujan dh melepek kt tanah pulak..hehe..sebab batng die x kuat lagi..

ni la saiz poko yg aku tanam sekarang..kalau nk angkat kne ngan tanah sekali..

Cara menyiram pada awal pagi dan lewat petang..Ok selamat mencuba..

Monday 27 May 2013

Jawapan

Rabu, 22 Mei 2013

Yang Berbahgia Mulia Syeikh Nasrullah ar...

Mohon ampun Abuya, Abuya punya. Mohon berkat dan dipandu Bonda Wasilah ar.

Oleh kerana surat ybm Syeikh telah tersebar di internet melalui blog ikhwantoday, maka ana mengambil inisiatif untuk menjawab beberapa persoalan samada secara langsung maupun secara tidak langsung.

Sebelum itu ana mohon berbanyak ampun dan maaf sekiranya tulisan ini merupakan jawapan yang tidak diminta oleh pihak ybm Syeikh. Walau apa pun, rasanya kawan-kawan perlu diberikan penjelasan dan mereka berhak mendapatkan pandangan dari berbagai sudut.

1. Berkaitan pengalaman yaqazah. Sekiranya yaqazah bersama para Nabi dan Rasul juga diperselisihkan oleh para ulama, maka selain dari para Nabi dan Rasul lebih-lebih lagi terbuka untuk perbahasan. Ini asasnya.

Seseorang yang beryaqazah tidak semestinya mampu menterjemahkan mesejnya ke dalam dunia realiti. Ini mengikutlah kemampuan ilmu, pengalaman, kepimpinan dan sejauh mana 'terpandunya' orang tersebut.

Sebagai contoh marilah kita merujuk kepada cerita popular yang Abuya selalu sampaikan iaitu kasyaf Nabi Allah Khidir as dengan kepimpinan Nabi Allah Musa as. Yaqazah adalah salah satu cabang kasyaf. 
Kesimpulan dalam cerita tersebut ialah, seorang Nabi yang bukan Rasul langsung bertindak apabila dia diberikan 'kasyaf', berlainan sekali dengan Nabi lagi Rasul yang akan memimbangkan pengalaman kasyafnya dengan timbangan akal sebagai seorang pemimpin.

Sedangkan Nabi Allah Musa adalah salah seorang daripada lima orang Ulul Azmi, tetapi dia tidak bertindak seperti Nabi Allah Khidir as. Walhal kedua-duanya pasti ada kelebihan kasyaf diberikan oleh Allah. Maka, setiap pandangan rohani seorang pengikut, perlulah diselaraskan dengan pandangan seorang pemimpin.

Jika yaqazah yang dialami oleh Syeikh Fakhrurazzi itu benar, maka tidak semestinya tindakan yang dibuat juga bertepatan. Ini jelas apabila tindakan yang dibuat nampaknya bukan semakin membaiki keadaan, malah dilihat akan mengkucar kacirkan lagi pendirian anak-anak buah.

Walhasil, setelah disebarkan cerita tersebut dengan ulasan yang lebih menjurus negatif terhadap Bonda Wasilah, apakah secara spontan ketaatan seluruh pemimpin dan anak buah akan berpindah kepada Syeikh Fakhrurrazi ar? Tentu tidak semudah itu, bukan?

Jika jawapannya tidak, maka apakah dengan mendedahkan perkara-perkara seumpama ini dianggap sebagai langkah memperbaiki jemaah atau merosakkan jemaah?

Tidak keterlaluan sebenarnya, jika beginilah cara kita menguruskan hal-hal yang tidak mudah difahami oleh semua anak buah, maka langkah yang dibuat bukan sahaja tidak menyelamatkan jemaah, tetapi impak yang lebih serius ialah hilangnya keyakinan anak buah kepada kita. Maka jika anak buah hilang keyakinan kepada orang yang ditua-tuakan dalam jemaah, sudah tentu kita boleh faham akibatnya.

Kesimpulannya, jangankan persoalan kerohanian, persoalan lahiriah pun sangat sulit untuk semua memahami apatah lagi menterjemahkannya dalam realiti. Lihat sajalah umat Islam yang mendakwa merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Kenapa masih berpecah belah? Sedangkan semuanya mengaku merujuk pada Al Quran dan Sunnah.  Begitu jugalah bagi mereka-mereka yang mendakwa merujuk terus kepada minda Abuya tetapi menolak wasilah, apa yang telah terjadi kepada mereka?

Ini bukti bahawa, untuk menterjemahkan ilmu lahir pun susah, sulit dan rumit apatah lagilah menterjemahkan maksud sebenar isyarat atau pengalaman kerohanian.

Maka langkah yang sebaiknya ialah merujukkan perkara tersebut kepada Bonda Wasilah terlebih dahulu, jika kita yakin dialah wasilah RSA. Jika tidak, maka apakah sudah ada pertukaran wasilah atau sudah ada pengganti Abuya?

2. Berhubung tanggapan amalan syirik atau khurafat

Adalah menjadikan keyakinan menurut ilmu Islam bahawa sihir atau istidraj adalah sesuatu yang menjauhkan manusia dari Tuhan. Samada pengamalnya maupun kesan kepada orang yang terkena sihir tersebut.

Memang menjadi kebiasaan golongan fasik beramal dengan sihir untuk memecah belahkan keluarga, sesama jiran dan kumpulan tertentu. Pengamal sihir akan semakin hilang rasa hamba dan rasa berTuhan dalam diri mereka, malah rasa diri tuan (lebih zalim lagi berlagak Tuhan) semakin mengukuh dalam diri pengamal sihir atau orang yang sedang dalam istidraj.

Sebaliknya apa yang berlaku dalam GISB melalui wasilah, ahli-ahli semakin berhalus dan semakin dipertajamkan rasa hamba dan rasa berTuhan dalam diri mereka dari semasa ke semasa. Ini terbukti dalam banyak perkara. Ibadah malam semakin meriah dan indah, kasih sayang dan perpaduan di kalangan ahli keluarga, suami isteri, ahli sesama ahli, anak buah dengan pemimpin dan pemimpin sesama pemimpin semakin erat, kukuh dan padu. Sudah tidak ada lagi klik-klik yang membawa perpecahan dalam GISB.

Jika semua itu boleh dicapai oleh kuasa sihir, maka apakah formula sihir lebih baik dari formula Al Quran dan Hadis yang dipimpin terus oleh mursyid?

Kenapa timbul persoalan kononnya ada bukti oleh pihak berkuasa untuk mendakwa tetapi realitinya semuanya dibebaskan tanpa apa-apa dakwaan pun?

3.  Pertikaian DUIT

Sebenarnya sejak dari dulu, salah satu isu yang akan dibangkitkan oleh mereka yang tidak berpuashati dengan jemaah, ialah pasal duit.

Bila hati sudah longgar dengan mursyid, maka dengan sendirinya hati longgar dengan Allah dan Rasul. Bila hati sudah longgar dengan Allah dan Rasul, maka nafsu dan syaitan mengambil tempat dan mula berperanan. Perkara yang akan dipandang besar adalah dunia. DUIT!

Sedangkan semasa hati kuat dengan mursyid, maka otomatik kuat dengan Allah dan Rasul, duit bukan jadi perhitungan. Bukan sahaja duit jemaah tidak dipersoalkan, tetapi duit kocek sendiri pun dikorbankan bagai angin kencang.

Jika kita yakin bahawa seluruh dunia dan seisinya tidak bernilai walau setimbang sayap nyamuk pun, maka jika kita korbankan seluruh dunia untuk Islam, tidak rugi apa-apa, jika untuk Islam, tidak dikira membazir pun!

Sebenarnya sejak akhir-akhir sebelum ghaib, bukankah Abuya telah menegur dan mendisplinkan anak-anak utamanya tentang duit?

Siapakah yang akan lebih dipersolakan tentang duit, berbanding Bonda Ummu Jah ar yang semua ahli GISB dapat saksikan ketelusan dan kesungguhan beliau dalam berkorban?

4. Perbezaan situasi baliknya Bonda Ummu Jah ar berbanding Syeikh Fakhrurrazi. Memang sangat berbeza dan mungkin ini salah satu bukti kebenaran.

Bonda Ummu Jah ar dan rakan-rakan yang ditahan lebih sebulan oleh pihak Saudi telah melalui satu proses 'tarhil' dan buahnya menambahkan rasa hamba sehamba-hambanya. Lalu mereka pulang dengan penuh rasa hina, rasa lemah dan rasa malu dengan Allah, dengan RSA kerana menerima nikmat pembebasan yang pada asalnya mereka tidak akan bebas bahkan akan dipancung!

Manakala kepulangan pula ditahan oleh Jais merupakan pengesahan mereka adalah pengikut Abuya kerana Jais hanya menahan orang yang disyaki masih setia kepada Abuya. Inilah perbezaanya. Memang menakjubkan.  

5. Berkaitan rupa paras Bonda Ummu Jah ar dan pencak

Jika ada seorang yang melihat wajah Bonda Ummu Jah ar seperti nenek kebayan, bolehkah dijadikan sandaran berbanding berpuluh individu lain yang dapat meilhat wajah Bonda Ummu Jah ar untuk kali pertama dalam keadaan bercahaya-cahaya, berseri-seri dan nampak lebih muda dari umurnya? Muhandis Salim dari Madinah, Ibu Leny dari Indonesia dan Syeikh Fahad adalah antara mereka yang mengalami perkara tersebut.

Mengenai pencak kononnya ialah saluran sihir sehingga mereka yang berpencak akan terikat hatinya dengan Bonda Ummu Jah ar. Apakah dayan dayak yang secara tiba-tiba saja sangat membela Abuya, Bonda Ummu Jah ar dan GISB juga kerana berpencak dan ikut tersihir?

Renungkanlah semua hujah di atas. Sekiranya kita sedang berada dalam satu keadaan tertekan, sememangnya agak sukar untuk kita berfikir secara waras dalam menilai sesuatu sehingga tidak dapat membezakan mana satu perkara pokok, mana satu perkara ranting.

Hampir keseluruhan perkara yang diungkitkan adalah perkara-perkara cabang, malah terlalu ranting-ranting yang sangat kecil . Sedangkan apa yang sedang diperjuang dan dipertahankan oleh Bonda Ummu Jah ar adalah sebuah jemaah, model Islam untuk kebangkitan akhir zaman!  

Kepada yang dihormati, yang dikasihi dan yang berbahgia Syeikh Nasrullah ar dan Syeikh Fakhrurrazi ar, maafkan saya kerana membuat sedikit penjelasan terhadap apa-apa yang telah dibangkitkan secara meluas.

Jika tuan-tuan mengharapkan anak-anak buah memahami apa yang cuba dipersoalkan, maka saya yang kerdil ini rasa bertanggungjawab untuk memberikan pandangan dari sudut lain. Selain daripada kita terus menyerahkan persoalan ini kepada Allah, kepada RSA, tidak salah rasanya membantu mereka memahaminya dengan seadil-adilnya.

Sekian, ampun maaf.

Tuesday 21 May 2013

Rombongan membawa berkat




Assalammualaikum..lma x conteng2 blog ni..maklum la busy sikit nak wat persiapan sempena kedatangan Bonda ke ipoh..semoga RSA mempersiapkan lahir dan batin kami..jadi sebelum bonda dtg ke ipoh Binda hantar dulu pengiring2 nye..terdiri dari Anak Cucu Abuya..

Masyaallah terasa macam dilimpahi berkat sebanyaknye..tinggal nk mengaut je n_n..satu bas rombongan anak cucu abuya singgah makan di ipoh..seronok la jgak dapat jumpe ngan diorang..ade yg dah lame x jumpe..syeikh ajwad a.r,abg rifaah,ibu fatim a.r,ibu khaulah a.r..cucu ramai la 17 org lelaki 18 org perempuan..

diorang sebernarnye XPDC bersamama Bonda..banyak la pogram yg Bonda buat untuk diorang tentang jemaah sekarang..untuk difaham kan dan dihayati..sebab dah ramai jugak anak cucu abuya yg tak ikut..sebab x faham..betul lah kata rasulullah-iman itu tidak boleh diwarisi-..

Sepanjang bersama cucu banyak kami sembang2 tentang perkembangan yg Bonda sampaikn kt mereka..Sangat mencemaskan..Abuya pun penah berkata akan ada dikalangan keluarga sendiri akan menentang..dikeluarkan bahkan mengeluarkan diri sendiri dari kapal perjuangan ini..Ini semua rezeki..jangan sesekali berpaling dari Bonda Wasilah..Jangan sesekali nk kluar dari jemaah ini..tapisan demi tapisan tetap akan berlaku..nurmuhammad tolongggg!!!!
sempat bergambar bersama sebahagian Anak Cucu Abuya

bergambar dengan Syeikh Ajwad A.R

Nur muhammad tetapkanlah hati kami dengan Bonda Wasilah
..................

23 mei..Bonda wasilah sudi juga singgah ke ipoh..memang penantian yg sgt ditggu tunggu..kehadiran
bonda membawa berkat..bila bonda wasilah a.r berenti kt dpn cafe masa tu ngah sibuk gak melayan
anak cucu abuya..ade la sorang custumer tu terus berenti makan die tengonk je bonda..ade jgak custumer yg sempat merakam..ye la jutawan arab datang kot..hehe..

Untung la muslimah dapat salam..bergambar lagi tu..siap ade x sempat bukak apron..hehe kelakar plak..
bila melihat wajah bonda rase nk nangis pun ade..bonda masih mampu mengukir senyuman kt kami semua..
ermmm ade perasan jgak mase tu bila bonda sampai je..syeikh ajwad a.r dari tengah makan tu terus bangun
berdiri tegak tengok je bonda dengan muke nak nangis pun ade..tak tahu la ape yg ade dalam hati die tu..sampai dapat a.r pada diri dia..hebat abuya memproses hati syeikh ajwad a,r..

harap kehadiran bonda wasilah a.r juga hadirnye bersamanye abuya dapat lah hati2 kami ini diproses menjadi HATI IKHWAN..aminnn

Saturday 11 May 2013

Madah Hatiku(Abuya)



"Buta mata hanya tidak nmpak jalan di dunia"
"Tetapi buta hati itu tidak akan nampak jalan lurus ke akhirat"

Ini lah madah abuya mengatakan yg mana kalau lah seseorang itu buta matanye dia cuma hanya tidak
nampak jalan didunia..x dapat nk lihat dunia..tapi kalau lah seseorang itu dibutakan hatinya..
sukarlah untuk dia nampak jalan yg lurus untuk menuju akhirat..sedangkan dunia ini lah jambatan
untuk manusia menuju akhirat..jadi kita mesti berusaha untuk menjaga hati dari ajakan2 nafsu
yg selalu mengajak kepada kejahatan..

Hari ni dgn berkat RSA..aku dan kawan2 crew TVNM nk buat satu sketsa pendek yg
berkaitan dgn MADAH ini..semoga RSA pandu lah juga hati2 kami dlm untuk menjayakan
rakaman ni..

Ni antara gambar2 kami time buat rakaman...hehe


Muhammad zayyad yg memegang watak org tua yg buta matanye..hehe



Ali zainal & fakhrurrazi ug memegang watak dua org budak Nakal hehe..




Time ni ngah tngok hasil rakan Anas Zamri camera man kami..huhu..



aku pulak memegang watak org yg memerhati perlakuan..kira org baik la..haha..
berlakon je..tapi tak baik pon..sekarang ni video ngah di edit..semoga dengan berkat RSA dijayakan
semuanye..ok sekian sampai disini saja..

Wasalam.. ^_^