Tuesday, 30 April 2013



TV Nur Muhammad (TVNM)

Dengan berpandukan jadual Tuhan yg disabdakan Nabi, Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi sedang terus menelusuri hadis untuk menagih janji Tuhan akan terbinanya empayar Islam untuk kali kedua di bumi.
Abuya pun terus mara ke hadapan melepasi 1001 rintangan, dengan bermodalkan rasa cinta dan takut pada Allah dan kerinduan kepada Nabi, bersama jemaahnya syarikat Global Ikhwan Sdn Berhad (GISB).
Kini, GISB melalui Global Ikhwan Foundation Thailand mengetengahkan lagi satu kejutan besar bagi dunia dengan lahirnya sebuah channel TV satelit yang dinamakan TV Nur Muhammad. Dilancarkannya TVNM di bumi Thailand menjadi satu lagi bukti bahwa walaupun Abuya memulakan perjuangannya di Malaysia, namun kepimpinannya diterima oleh berbagai bangsa.
Selepas ghaibnya Abuya, buah dari didikan Abuya sebelum ghaibnya, telah menjadikan Bonda Khadijah Aam iaitu isteri kedua Abuya, terpilih oleh Allah menjadi tokoh yang paling berperanan dalam menggerakkan GISB kini, termasuklah dalam melahirkan TVNM.
Bermula dari usaha gigih Bonda Khadijah Aam di Haramain dalam mewujudkan rancangan-rancangan TV, akhirnya kini di seluruh zon GISB sedunia telah pun lahir tenaga-tenaga penggerak TVNM yang mempunyai tujuan yang selaras yakni menjadikan TVNM sebagai media untuk mengajak para penontonnya, berperasaan yang sepatutnya kepada diri roh Nabi kita Muhammad SAW.

Profail TVNM

TV Nur Muhammad, sebuah siaran TV Satelit dicetuskan oleh Ibu Khadijah Aam sebagai hadiah buat dunia Islam. Mengapa?
Kerana sesungguhnya apa yang berlaku selepas kewafatan baginda ialah Islam menuju lemah dan Rasulullah saw makin lama makin akan dilupakan orang. Padahal semua orang islam yang hidup sampai kiamat itu semua adalah umat kepada Nabi Muhammad saw.
Tiada pertukaran Nabi sesudah kewafatan baginda SAW. Allah SWT berkehendak untuk Nabi Muhammad itu terus menjadi Nabi walupun wafat. Isyarat tentang hal ini, dapat dibaca ketika baginda menghembus nafas terakhir! Sabda terakhirnya ialah Umatku Umatku Umatku.
Maka munculnya TV Nur Muhammad di waktu ini adalah untuk mengajak para penontonnya berperasaan yang sepatutnya kepada diri roh Nabi kita Muhammad SAW.
Yayasan Global Ikhwan Thailand merasa amat bertuah dan berbangga kerana TVNM dilancarkan di Bangkok.
Pelbagai bentuk rancangan dipaparkan di dalam TVNM iaitu drama, reality show, hiburan, bual bicara dan lain-lain. Saksikan sebahagian daripadanya.
Semoga umat Islam di Thailand khususnya dan seluruh dunia amnya berbahagia dengan hadiah ini. Mari lah kita sama-sama membela Nabi kita.
Nabi datang membawa Islam yang cukup indah....mari lah kita hidupkannya kembali dan perjuangkannya di muka bumi Tuhan ini.


1 comment:

  1. Al Buaya berserban sebesar bakul macam perut ular sawa, bibir dibengkak Allah jadi mcm pantat berok, janda tembamnya kegersangan.. pengikutnya bodoh piang !!!

    ReplyDelete