Tuesday, 1 November 2016

Tuhan Sumber Kebahgiaan Keluarga

Assalammualaikum.. alhamdulillah atas rezeki masa yang Ade ini nak cuba lah menulis,berkongsi apa yang termampu moga dipandu..moga hati sentiasa Rasa takut setakutnya pada Allah kerana belum tahu setapak dua kehadapan apakah dalam keselamatan..Ampun Ya Allah..Rasa takut Allah itu mahal kerana Rasa itu juga dapat menghasilkan pelbagai rasa2 hamba.

Baru2 saya direzekikan ke Kursus Khusus untuk remaja baru kahwin bawah 5 tahun bersama JAIS(jabatan agama islam Selangor).. alhamdulillah terima kasih banyak pihak JAIS yang berusaha mengadakan Kursus ini yg dinamakan Kursus PASCA Perkahwinan..yang mana Kursus ini bagi membantu untuk mengelakkan dari berlaku masalah2 cerai di usia muda..memang lah sangat2 Cemas yang mana pelbagai kes penceraian yang di terima dari Jabatan Agama sendiri kadang2 macam tak masuk Akal..kerana salah picit ubat Gigi boleh cerai,kerana tu kadang2 masalah boleh dibawa bincang tapi kerana Ego pun boleh cerai..yang menjadi persoalan Apakah Puncanya Yg masalah ini makin berkembang Tanpa penyelesaian yang berkesan buat masa ini.

Jadi saya lihat Kursus ini bila di tekan kan punca keretakan rumah tangga itu bermula dari keretakan hubungan kita sepasang suami isteri itu dengan Tuhan..bukan kah kebahagian,ketenangan itu milik Allah..jadi saya sangat setuju kerosakan hubungan dengan Allah itulah puncanya dari masalah kewangan,kesihatan, dan lain2..

Punca keretakan dengan Tuhan itu bila ibadah kita lalai,cuai dalam melaksanakan..bila ibadah itu sangat berkaitan dengan hubungan dengan Tuhan contoh solat kita..-bagaimana?adakah dijaga waktu nya,pergerakan,bacaan,penghayatan sembahyang..jadi marilah kita menggunakan masa yg direzekikan pada kita untuk kita baiki sungguh2 hubungan kita dengan Tuhan moga kita prolehi kebahgiaan dalam membina Rumah Tangga kerana solat itu ibarat tiang agama ..sekian ∆_∆

#bergambar bersama peserta

#Doa penutup moga diberkati




#Solat Itu Tiang Agama


No comments:

Post a Comment