Saturday, 22 June 2013

Agungnya Rasulullah


Sunggguh agung namamu wahai Nabi....
Namamu ya Rasulullah diabadikan Tuhan sepanjang zaman..menunjukkan mulianya engkau di sisi Tuhan di dunia dan di akhirat..Tuhan peromosi engkau,hingga engkau di bibir mulut manusia..Nama Tuhan dan nama mu digandingkan sama..Disebut nama Tuhan maka disebut namamu juga..

Setiap yang hendak masuk islam nama Tuhan dan namamu disebut didalam dua kalimah syahadah..Namamu disebut didalam doa selepas azan dan iqamah..Namamu disebut didalam sebarang doa agar dikabulkn permintaan..Sungguh mulia engkau,namamu disebut dimana mana sahaja..didalam sembahyang namamu disebut ketika tahiyyat..jika tidak disebut tidak sah solat..Belum lagi pencinta pencinta engkau yang mabuk dengan engkau..Mereka lebih-lebih banyak lagi menyebut nama engkau..iaitu engkau disebut didalam selawat..

Sebelum sembahyang,selepas sembahyang,didalam sembahyang,ketika berkhalwat..Setiap yg berzikir namamu mesti disebut berulang kali..Seolah-olah engkau masih hidup didunia ini..Ya nabi namamu sungguh harum semerbak mewangi..Ya!! namamu dihidup orang sekalipun jasadmu sudah dikebumi..

Apa sahaja upacara islam namamu mesti disebut..Di dalam khutbah namamu disebut oleh khatib di atas mimbar..apatah lagi dimasa maulid mu,selawat berkumandang tidak jemu2..seolah olah engkau bersama di majlis itu..seolah olah engkau masih hidup bersama kami atau mereka..Begitulah cintanya kepadamu,hingga namamu disebut selalu bahkan setiap waktu..Tuhan menselawatkan mu,para malaikat juga begitu..

0rang mukmin dianjurkan menselawatkan mu selalu semahu mahunya..hingga tidak ada ruang masa yang kosong yang tidak disebut namamu..Namamu disebut di langit dan dibumi..Begitulah kehormatan yang engkau perolehi dati Tuhan mu..Belum lagi menyebut peribadi,sikap dan perbuatanmu..Engkau adalah contoh segala contoh,ikutan didalam sebarang hal..

No comments:

Post a Comment